suria

Warga emas maut, usus bocor gara-gara tertelan tulang ikan

Serpihan tulang ikan yang ditemui dalam perut pesakit berkenaan.

SEORANG petani di Sri Lanka maut selepas tertelan tulang ikan yang mengakibatkan ususnya bocor dan mencetuskan jangkitan.

Warga emas berusia 61 tahun itu yang identitinya tidak didedahkan, dilaporkan tertelan serpihan tulang ikan berukuran dua sentimeter (0.8 inci).

Petani itu pada mulanya mengalami sakit perut dan muntah-muntah sebelum mengambil keputusan untuk ke hospital, tiga hari kemudian.

Pakar bedah menjumpai serpihan tulang ikan yang membocorkan usus lelaki berkenaan, menyebabkan najis meresap keluar dan kuman menjangkiti dinding perutnya.

Keadaan tersebut mencetuskan sepsis, iaitu apabila sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan dan mula merosakkan organ dan tisunya sendiri.

Doktor sedaya upaya menyelamatkan nyawa petani itu, namun dia meninggal dunia akibat serangan jantung, berkemungkinan akibat komplikasi sepsis, selepas lapan jam dia dimasukkan ke hospital. - Dailymail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain