suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tikam isteri berulang kali kerana curang, dapat petunjuk dalam mimpi

Seorang suami berdepan dengan cubaan membunuh selepas menikam isterinya yang didakwa berlaku curang.

SEORANG lelaki berdepan dengan cubaan membunuh selepas berulang kali menikam isterinya kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit.

Dalam kejadian yang berlaku di Planaltina, Brazil pada Ogos lalu, lelaki berusia 37 tahun itu terjaga daripada tidur lantas menikam isteri yang dikahwininya sejak 13 tahun lalu pada leher, tulang selangka dan tangan.

Menurut polis, pasangan suami isteri yang memiliki empat anak itu bertengkar di tengah malam selepas suspek bermimpi isterinya menjalinkan hubungan sulit.

Suspek yang identitinya tidak didedahkan oleh polis, mengambil sebilah pisau dan dikatakan mengugut mangsa ketika bertanya tentang mimpinya.

Mangsa bagaimanapun menafikan ada berlaku curang dan meyakinkan suspek bahawa itu hanyalah khayalan lelaki berkenaan.

Mangsa kembali menyambung tidur, namun suspek dipercayai masih tidak meyakininya dan bertindak mengambil pisau lantas menikam badan mangsa berulang kali sebelum melarikan diri.

Mangsa bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri daripada serangan itu dan dibawa ke hospital oleh jiran-jiran.

Suspek ditahan lima minggu selepas kejadian dan kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain