suria

Bengang hajat bawa pulang isteri dihalang bapa mentua, pemuda nekad panjat pencawang elektrik

Horilal memanjat pencawang elektrik setinggi 23 meter kerana bengang dengan bapa mentuanya.

SEORANG pemuda mengambil tindakan luar jangka dengan memanjat pencawang elektrik selepas isterinya enggan mengikutnya pulang ke rumah.

Pada mulanya, lelaki yang dikenali sebagai Horilal, dari sebuah kampung di Ganiyari, India, datang ke rumah mentuanya untuk menjemput isterinya pulang.

Namun bapa mentuanya tidak memberi kebenaran untuk berbuat demikian, menyebabkan pemuda itu kecewa.

Berang permintaanya ditolak, Horilal lantas memanjat pencawang eletrik setinggi 75 kaki (23 meter) bertujuan cuba memberi tekanan kepada mentuanya.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian segera memujuk Horilal untuk turun, tetapi tidak berjaya.

Lelaki itu akhirnya turun selepas pihak polis memberi jaminan bahawa mereka akan menghantar isterinya pulang.

Polis kemudian membawa Horilal ke balai polis, manakala keluarga mentuanya turut dipanggil untuk disoal siasat.

Sehingga kini, tidak diketahui mengapa bapa mentua Horilal melarangnya membawa pulang isterinya ke rumah.

Video itu menjadi tular selepas dimuat naik di Twitter. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain