suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rancangan televisyen siar babak remaja berkhatan dikritik hebat, penerbit mohon maaf

Babak menunjukkan remaja lelaki berkhatan mengundang kecaman ramai.

SEBUAH rancangan televisyen Korea diselar netizen selepas ia menyiarkan adegan yang menunjukkan remaja lelaki sedang berkhatan.

Rancangan berjudul Mr House Husband menerusi saluran KBS2 memaparkan lima remaja lelaki belasan tahun bertemu dengan pakar bedah untuk menjalani prosedur tersebut.

Episod yang disiarkan pada 17 September itu juga menyaksikan bekas pemain besbol, Hong Seung Heon dan anak remajanya serta beberapa rakannya berbicara mengenai kebimbangan mereka sebelum menjalani prosedur berkhatan.

Turut dipaparkan, adegan menunjukkan kumpulan remaja itu kesakitan selepas pembedahan, selain riak muka panik yang dirakam secara dekat (close up).

Di media sosial, penonton meluahkan kritikan selepas menonton episod berkenaan dengan rata-ratanya mempersoalkan bagaimana rancangan tersebut boleh 'terlepas' untuk disiarkan.

Berikutan kemarahan ramai terhadap episod kontroversi tersebut, penerbit program berkenaan tampil bersuara dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kami bertujuan memberi pendedahan kepada para ibu bapa mengenai subjek berkhatan, dan melalui perbualan, ia cuba menunjukkan kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak mengenainya.

"Mereka juga bersetuju untuk menyiarkan prosedur tersebut dalam rancangan televisyen.

"Namun rancangan itu membuatkan penonton tidak selesa, dan untuk itu, kami memohon maaf," demikian kenyataan yang dikeluarkan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain