suria

‘Penyerbu keranda’ Ratu Elizabeth II ada masalah mental... tak percaya baginda sudah tiada, mahu periksa sendiri - Hakim

Muhammad Khan (kanan) ditahan selepas bergegas ke keranda dan cuba mengangkat alas diraja.

MAHKAMAH Majistret Westminster, London diberitahu bahawa tindakan seorang lelaki yang cuba menarik kain alas di atas keranda Ratu Elizabeth II semasa memberi penghormatan terakhir di Dewan Westminster, beberapa hari lalu, adalah kerana mempercayai pemerintah tersebut meninggal dunia.

Muhammad Khan, 28, ditahan selepas merempuh orang awam yang beratur untuk masuk ke dalam dewan dan bergegas ke keranda dan cuba mengangkat alas diraja.

Mahkamah diberitahu, tindakan Muhammad Khan yang digelar 'penyerbu keranda' itu dipercayai dilakukan kerana dia mahu memeriksa sendiri sama ada Ratu meninggal dunia atau sebaliknya.

Muhammad Khan hadir di mahkamah pada Selasa dan didakwa atas dua pelanggaran Akta Ketenteraman Awam.

Hakim Michael Snow berkata: "Dia masih berkhayal dan menyangka Ratu belum meninggal dunia, menyangka Raja Charles ada kaitan dengannya dan mungkin pergi ke Istana Windsor untuk memberi penghormatan tetapi juga kerana dia masih menganggap Ratu masih hidup."

Muhammad dibenarkan diikat jamin secara bersyarat iaitu dia dikehendaki ditempatkan di hospital kesihatan mental sehingga perbicaraan seterusnya pada 18 Oktober.

Ratu Elizabeth II selamat disemadikan di King George VI Memorial Chapel yang turut menempatkan mendiang suaminya, Duke of Edinburgh, Isnin lalu.- Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain