suria

Menyeramkan! Bilik tersembunyi ditemukan belakang tandas, siap ada katil besi

Suami isteri terkejut selepas menemukan bilik kecil yang dilengkapi rangka katil bersaiz single.

SEPASANG suami isteri diselubungi ketakutan selepas mendapati terdapat bilik rahsia di sebalik dinding bilik air mereka semasa tinjauan kontraktor di kediamannya di Brighton ketika ingin membuat baik pulih.

Lebih mengejutkan Steven, 54, dan isterinya Carolyn Sparks, 42, adalah bilik berkenaan hanya mengandungi satu rangka katil besi bersaiz single.

Berdasarkan gambar, katil besi berkenaan adalah sebahagian daripada bilik dan kelihatan lantai serta dinding dan paip di sekelilingnya.

Terdapat juga kotak-kotak terpakai yang disusun tinggi di satu sudut bilik.

Difahamkan, bilik itu adalah sebahagian daripada rumah Victoria asal dan digunakan untuk menyimpan arang batu yang mana lubang akses di luar tempat arang batu akan dituangkan ke dalamnya.

Bagaimanapun selepas diubah suai, satu-satunya cara untuk mengakses ruang bawah tanah adalah melalui lorong tetapi hanya untuk memastikan terdapat akses kepada kerja paip sekiranya berlaku kecemasan.

Carolyn yang merakam penemuan itu, menjelaskan bahawa anak perempuannya sedang mempertimbangkan bilik untuk penggambaran filem seram tugasan kolej.

Bercakap mengenai penemuan luar biasa itu, Carolyn berkata dia mendapati terdapat ruang bawah tanah di bangunan itu selepas membeli kediaman berkenaan.

"Ia tidak terdapat dalam butiran ejen dan kami juga tidak melihatnya semasa melawat. Mungkin tidak perasan kerana ia diakses melalui tandas kecil," ujarnya. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bilik tersembunyi, seram,

Artikel Lain