suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu obses nak cantik, wanita menangis hingga bulu mata gugur… tanggung derita mulut bengkak akibat ‘filler’ bibir

Suntikan pada bibir tidak menjadi menyebabkan mukanya bengkak dan bibir menjadi sakit.

FRASAbeauty is pain’ bersesuain dengan situasi gadis ini apabila ‘filler’ bibir yang dilakukannya telah membuatkan saiz bibirnya membesar dua kali ganda daripada asal.

Karli Gardner kemudiannya terpaksa dibawa ke hospital setelah tidak lagi tahan dengan keadaan bibir yang hampir ‘meletup’.

Prosedur bagi membesarkan bibir dikongsikan gadis ini di TikTok miliknya di mana dia mengalami kesakitan beberapa hari selepas disuntik walaupun kelihatan cantik.

Segala-galanya berjalan lancar sehinggalah asid hyaluronik sintetik berpindah ke bahagian lain bibirnya dan merosakkan senyumannya.

Dalam video rakaman di hospital itu, dia menutup sebelah mukanya yang bengkak sebelum memusingkan kamera untuk menunjukkan alat perubatan di wad.

TikToker itu kini semakin pulih tetapi keadaan sangat berbeza apabila mukanya membengkak sehingga hampir tidak dapat membuka mata.

Dalam satu gambar dimuat naik, kulit dan bibir Karlie kelihatan merah.

Disebabkan tidak dapat menahan kesakitan, wanita itu menangis teresak-esak sehingga bulu mata palsunya gugur. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain