suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi baru lahir nampak macam tanduk haiwan, doktor terkejut tak ada kaki!

Bayi ini kini berada di bawah pengawasan doktor di sebuah hospital di daerah Shivpuri, India.

KELAHIRAN seorang bayi mengejutkan doktor dan jururawat apabila dia dilahirkan tanpa kaki selain struktur fizikalnya kelihatan seperti tanduk haiwan.

Bayi berkenaan dilahirkan di Pusat Kesihatan Manpura, Shivpuri, India pada 26 Ogos baru-baru ini.

Susulan itu doktor yang menyambut kelahiran bayi berkenaan segera merujuk bayi dan ibunya ke sebuah hospital di daerah Shivpuri.

Menurut laporan media tempatan, doktor menyatakan bahawa bayi yang baru lahir itu belum berkembang dan beratnya hanya 2.31 lbs (1.04 kilogram) berbanding berat normal bayi.

Walaupun lahir dalam keadaan tidak sempurna, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil.

Bayi tersebut kini dijaga rapi di bawah pengawasan doktor khas di Unit Khas Penjagaan Bayi Baru Lahir (SNCU) di hospital tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu mengalami sebarang masalah kesihatan akibat daripada perubatan. -MIRROR.CO

Artikel Lain