suria

Nyaris maut digilis treler, tindakan pantas ibu berjaya selamatkan nyawa anak

Video kemalangan yang berlaku pada 2019 di Nam Dinh, Vietnam kembali tular di Twitter.

TINDAKAN pantas seorang ibu berjaya menyelamatkan nyawa anaknya daripada digilis sebuah treler.

Video 'ngeri' tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kereta (dashcam), memaparkan detik mencemaskan ketika ibu berkenaan dan anaknya terjatuh ke jalan selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta.

Sebaik terjatuh, wanita berkenaan dengan pantas menarik anaknya ketika sebuah treler sedang bergerak laju datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beranak itu terselamat meskipun terjatuh hanya beberapa jengkal dari tayar treler.

Difahamkan insiden itu berlaku di Goi, Nam Dinh, Vietnam pada 2019.

Video lama itu kembali tular selepas dikongsikan semula di laman Twitter.

Insiden yang disifatkan 'keajaiban' oleh netizen itu meraih hampir lima juta jumlah tontonan dan lebih 54,000 tanda suka. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain