suria

Sayu anak jatuh perigi sedalam 10 meter, terperangkap 2 hari

Haidar terperangkap dalam perigi sedalam 10 meter.

"JANGAN menangis, cakap dengan ayah," rintih bapa kepada kanak-kanak lelaki yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 10 meter di perkampungan di Afghanistan, sejak Selasa.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Haidar terperangkap di dalam perigi selama dua hari, di perkampungan Shokok wilayah Zabul di selatan negara itu.

Bapa Haidar memberitahu dia sedang berusaha untuk mengeluarkan anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jadi ibu, Neelofa turut rasa kehilangan Rayan... Sakit kepala kenang nasib kanak-kanak itu

ARTIKEL BERKAITAN: Takziah... kanak-kanak 5 tahun jatuh perigi sedalam 32 meter disahkan meninggal dunia

Kedengaran tangisan kanak-kanak itu sayup-sayup ketika bercakap dengan bapanya.

Menerusi gambar yang dirakamkan, Haidar dilihat tersepit di dinding perigi dan tidak dapat menggerakkan kaki serta tangannya.

Pasukan penyelamat cuba mengeluarkan Haidar

Pasukan penyelamat cuba mengeluarkan Haidar.

Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan, pasukan penyelamat di lokasi kejadian sedang berusaha untuk mengeluarkan mangsa.

Tambah beliau, khidmat ambulans, tabung oksigen dan kelengkapan lain yang bersesuaian turut disediakan.

Pasukan penyelamat menurunkan makanan dan minuman kepada kanak-kanak itu untuk makan dan minum.

Kejadian tersebut berlaku selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Rayan Awram terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter di Maghribi.

Operasi menyelamat Rayan yang terperangkap selama lebih empat hari itu bagaimanapun diakhiri dengan kanak-kanak itu meninggal dunia.- Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

haidar, rayan, jatuh perigi, terperangkap

Artikel Lain