suria

Terlebih berani! Lelaki selamba bersenam di balkoni tingkat 12 pangsapuri

Seorang lelaki dirakam selamba bersenam di balkoni tingkat 12 sebuah pangsapuri di Faridabad.

SELEPAS kecoh dengan video di mana seorang remaja bergayut di balkoni tingkat 10 sebuah pangsapuri demi mengambil sari ibunya yang terjatuh, kini insiden serupa mencuri perhatian warganet.

Menerusi video yang kini tular di media sosial, seorang lelaki dilihat selamba melakukan senaman dengan tergantung di balkoni tingkat 12 sebuah pangsapuri.

Difahamkan, video tersebut dirakamkan di sebuah pangsapuri, juga di daerah yang sama dengan insiden pertama iaitu di Faridabad, India.

Aksi berbahaya itu dirakamkan oleh seorang penduduk yang menghuni bangunan bertentangan.

Presiden persatuan penduduk di kawasan berkenaan dipetik sebagai berkata, lelaki berusia 56 tahun itu sebenarnya mengalami gangguan mental.

Warga emas berkenaan menetap di unit pangsapuri itu bersama seorang anak lelaki berusia 28 tahun.

Selepas kejadian tersebut, pihak berkuasa telah mengarahkan ahli keluarga lelaki berkenaan untuk sentiasa mengawasinya kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain