suria

Tak makan 3 hari... 4 kanak-kanak tinggal di rumah flat penuh sampah, lampin kotor

Empat kanak-kanak yang diselamatkan dari sebuah rumah. foto CEN

EMPAT kanak-kanak kekurangan zat diselamatkan dari sebuah rumah pangsapuri yang kotor di Kazakhstan.

Kanak-kanak berusia tujuh, lima, empat dan tiga tahun itu sukar untuk bercakap, selain tidak dapat berjalan dengan baik.

Sekurang-kurangnya seorang daripada mereka kini dijangkiti Covid-19.

Unit pangsapuri yang disewa oleh sebuah keluarga di Ekibastuz di Pavlodar, Kazakhstan itu dipenuhi sampah dan lampin kotor.

Menurut laporan berita tempatan Tengrinews, keluarga berkenaan tidak makan sekurang-kurangnya selama tiga hari.

Sukarelawan tempatan yang menyelamatkan kanak-kanak itu berkata: "Jiran menghubungi polis dengan mendakwa terdapat pergaduhan dari rumah tersebut.

"Sebaik polis tiba, keadaan di rumah itu tenang tetapi mendapati kanak-kanak kekurangan zat tinggal bersama ibu bapa mereka tanpa keperluan asas.

"Kami yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera mengumpulkan makanan, lampin, sabun dan produk sanitari," katanya.

selamatkan 4 budak 5

Kiri seorang kanak-kanak lelaki kekurang zat, kanan seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perut kembung. foto CEN

Bercakap kepada media tempatan, sukarelawan, Lyudmila Bylinina berkata: "Kanak-kanak itu berada di sebuah rumah yang kotor, terdapat najis, lalat, dan bau hancing di mana-mana.

"Kanak-kanak itu berbogel dan kotor. Mereka semua tidak boleh berjalan. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai perut kembung.

"Seorang daripada kanak-kanak lelaki muntah selama lebih dua hari, manakala dua kanak-kanak lagi mempunyai badan tidak cukup zat.

"Mereka tidak makan selama tiga hari, tiada makanan di rumah itu," katanya.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak difaftarkan dengan pihak berkuasa dan tidak pernah menerima rawatan perubatan.

Keluarga berkenaan berpindah ke Ekibastuz tiga tahun lalu dari sebuah perkampungan kecil dan menyewa rumah di pangsapuri, manakala bapanya menjalankan kerja-kerja sampingan.

Kesemua kanak-kanak itu kini dirawat di sebuah hospital kanak-kanak. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain