suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selamat jalan Haidar... belum reda kesedihan kisah Rayan, kanak-kanak Afghanistan pula maut jatuh perigi

Usaha pasukan penyelamat menggali lebih dalam berhadapan kesukaran kerana batu-batuan yang menghalang. Foto: Javed Tanveer/AFP.

HAIDAR, kau pergi jua.

Belum reda kesedihan masyarakat global mengenang kematian kanak-kanak Maghribi, Rayan Awram yang terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter pada minggu lalu, satu lagi kejadian sama berlaku di Afghanistan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu anak jatuh perigi sedalam 10 meter, terperangkap 2 hari

Haidar, 9, yang terperangkap dalam perigi sedalam 10 meter sejak Selasa lalu di Shokok, wilayah Zabul akhirnya ditemui meninggal dunia.

Usaha keras pasukan penyelamat untuk mengeluarkan kanak-kanak itu tidak berhasil, sekaligus membawa khabar duka buat ramai yang sedang menunggu perkembagan insiden itu.

"Dengan dukacita kami memaklumkan bahawa Haidar sudah meninggalkan kita semua," ujar penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anas Haqqan.

Menurut pihak penyelamat, usaha mereka menggali lebih dalam berhadapan kesukaran kerana batu-batuan yang menghalang. - Al-Jazeera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain