suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemas macam filem Titanic, penumpang terkejut feri dibadai ombak gergasi

Kejadian pada Khamis menyebabkan tiga individu dalam feri itu cedera. Foto: Twitter, Sebastian Peters.

TIGA individu cedera selepas tingkap sebuah feri pecah dibadai ombak gergasi pada Khamis.

Video kejadian yang berlaku di Sungai Elbe, Hamburg, Jerman itu turut tular di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Dalam video berkenaan, beberapa individu sedang duduk secara santai sebelum ombak tiba-tiba membadai, menyebabkan tingkap pecah dan air mula masuk dalam ruangan feri berkenaan.

Penumpang yang cemas mula bangun untuk menyelamatkan diri, persis babak dalam filem Titanic.

Untuk rekod, feri itu dikendalikan oleh syarikat pengangkutan HADAG.

Pengarah Urusan HADAG, Tobias Haack berkata, ini merupakan kali pertama mereka berhadapan kejadian itu.

Difahamkan, ombak kuat membadai kawasan berkenaan kerana kesan taufan Ylenia yang mula melanda utara Jerman sejak Khamis pagi.

Susulan cuaca buruk, jadual perjalanan kereta api, bas, feri dan kapal terbang juga telah dibatalkan. - Canbera Times.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain