suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Nigeria ditahan... sanggup mekap tebal, menyamar jadi wanita Arab untuk perdaya imigresen di Dubai

Tiga lelaki itu ditahan selepas mereke tiba ke Dubai.

TIGA lelaki Nigeria ditahan kerana menyamar sebagai wanita Arab untuk memperdaya pihak Imigresen di Dubai, baru-baru ini.

Mereka bertiga tiba di lapangan terbang dengan memakai mekap tebal dan menggayakan tudung serta pakaian wanita.

Menurut stesen berita Afrika Selatan Kaya 959, ketiga-tiga mereka pergi ke Dubai untuk mengubah masa depan selepas sekian lama hidup dalam kemiskinan.

Mengikut sistem perundangan Emiriah Arab Bersatu (UAE), ketiga-tiga mereka berkemungkinan menerima penalti tinggi kerana kesalahan menyerupai wanita.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun.

Kisah penyamaran tiga lelaki itu turut tular di media sosial, malah ada yang menyamakan perbuatan mereka seperti babak dalam filem Hollywood White Chicks. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain