suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditahan ceroboh lapangan terbang selepas terlewat menaiki pesawat gara-gara lama melepak di bar

Meyers digari dan diiringi seorang anggota polis selepas menceroboh landasan kapal terbang.

SEORANG wanita ditahan kerana menceroboh landasan lapangan terbang selepas didakwa menghabiskan terlalu banyak masa di bar dan lewat untuk penerbangannya.

Vickie Meyers, 53, bertindak menceroboh kawasan larangan tersebut dalam usaha terdesak untuk menaiki pesawat Spirit Airlines di Lapangan Terbang Sky Harbour di Phoenix, Amerika Syarikat pada Ahad, 26 Disember.

Dalam video yang dirakam seorang penumpang lain, Vickie dilihat diiringi anggota polis di belakangnya sehingga dia memasuki bangunan terminal.

Meyers, dari St. Louis, Missouri, ditahan kerana menceroboh dan dibawa ke Penjara Daerah Maricopa.

Dia didakwa dengan pencerobohan jenayah kelas pertama. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain