suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka harian Covid-19 di Arab Saudi melonjak melepasi 1,000 buat kali pertama dalam tempoh 4 bulan

Arab Saudi mencatatkan 1,024 jangkitan Covid-19 dan satu kematian pada Ahad. Gambar hiasan

ANGKA harian Covid-19 di Arab Saudi telah meningkat melebihi 1,000 buat kali pertama sejak Ogos, manakala angka harian di Emiriah Arab Bersatu (UAE) melangkaui paras 2,500 kes.

Kedua-dua negara mengesahkan kes pertama varian Omicron pada awal Disember.

Arab Saudi, negara teluk terbesar dengan penduduk sekitar 30 juta, pada Ahad mencatatkan 1,024 jangkitan Covid-19 dan satu kematian. Untuk rekod, kes harian kes harian dicatatkan berada di bawah 100 kes pada bulan September 2021.

UAE pula mengumumkan 2,600 kes baharu Covid-19 dan tiga kematian pada Ahad.

Jangkitan harian di UAE meningkat melebihi 2,000 pada 29 Disember, selepas jatuh di bawah 100 kes pada Oktober.

UAE pada Sabtu berkata, ia akan melarang warganegaranya yang tidak divaksinasi daripada melancong ke luar negara mulai 10 Januari, selain memutuskan bahawa warganegaranya yang divaksin sepenuhnya juga memerlukan suntikan penggalak untuk layak melakukan perjalanan. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain