suria

Doktor selamba kunyah najis lembu, dakwa banyak manfaat untuk kesihatan

Doktor yang dikenali sebagai Dr Manoj Mittal dilihat selamba mengunyah najis lembu.

KEBANYAKAN warga di India percaya bahawa najis dan air kencing lembu mempunyai manfaat dalam perubatan tetapi ia bertentangan dengan fakta sains.

Bagaimanapun, seorang doktor turut tampil menyokong dakwaan tersebut.

Dalam satu klip video yang tular, doktor yang dikenali sebagai Dr Manoj Mittal dilihat selamba mengunyah najis lembu.

Dalam profilnya di Twitter, lelaki itu menyebut bahawa dia mempunyai kelulusan dalam bidang kedoktoran dan merupakan seorang pakar kanak-kanak.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas doktor itu mengambil najis lembu dari tanah dan terus memasukkannya ke dalam mulut.

Sambil mengunyah najis lembu, doktor itu turut menerangkan 'manfaat' kononnya air kencing dan najis lembu boleh menghindarkan pelbagai penyakit serius.

Beliau turut menggalakkan wanita agar mengamalkan pengambilan najis haiwan tersebut untuk bersalin secara normal.

Selepas video doktor itu tular di media sosial, timbul pelbagai persoalan dan reaksi daripada netizen.

Walaupun hanya segelintir yang bersetuju dengannya, majoriti netizen mempersoalkan ijazah serta kelulusannya sebagai seorang doktor. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain