suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Harry, Meghan Markle timang anak kedua... bayi perempuan Lilibet Diana

Putera Harry (kiri) dan Meghan (gambar fail) dikurniakan cahaya mata kedua, yang diberi nama ilibet 'Lili' Diana Mountbatten-Windsor. foto AP

PASANGAN diraja Britain, Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle mengumumkan mereka dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu bayi perempuan.

Anak yang diberi nama Lilibet 'Lili' Diana Mountbatten-Windsor itu, dilahirkan pada pagi Jumaat lalu, di sebuah hospital di Santa Barbara, California di Amerika Syarikat (AS).

Pasangan itu dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu, Istana Buckingham berkata: "Ratu (Elizabeth II), Putera Wales dan Duchess of Cornwall, serta Duke dan Duchess of Cambridge telah dimaklumkan dan gembira dengan berita itu."

Pasangan Duke dan Duchess of Sussex berkata, mereka menamakan anak kedua mereka dengan Lilibet setelah nama panggilan keluarga diraja untuk Ratu, moyang kepada bayi itu.

Menurut kenyataan itu, nama tengah bayi itu, Diana dipilih bagi menghormati mendiang nenak yang tercinta, Princess of Wales.

Pasangan itu mempunyai anak lelaki bernama Archie, berusia setahun.

Lilibet dilahirkan pada pukul 11.40 pagi waktu tempatan, merupakan cicit Ratu Elizabeth II yang ke-11. - BBC News

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain