suria

Basuh seluar jeans berlumuran darah, ibu ditahan selepas anak tikam ketua pasukan sorak 114 kali

Foto kiri menunjukkan Crystal, ibu kepada Aiden (kanan), yang didakwa menikam seorang remaja sebanyak 114 kali. foto St. John's County Sheriff's Office

SEORANG ibu kepada seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang didakwa membunuh dengan menikam mangsa sebanyak 114 kali, ditahan setelah disyaki cuba memusnahkan bukti kes.

Anak lelakinya, Aidan Fucci, didakwa membunuh Tristyn Bailey yang berusia 13 tahun.

Crystal Smith, 35, didakwa selepas dikesan menerusi satu video yang menunjukkan dia memasuki bilik anak lelakinya selepas anak lelakinya itu ditahan pada 10 Mei lalu.

Dia didakwa mengambil seluar jeans yang berlumuran darah sebelum 'membasuh'nya di bilik mandi.

Crystal bagaimanapun menyerah diri kepada polis pada Sabtu sehingga membawa kepada penahannya, atas dakwaan menghapuskan bukti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa, Tristyn dilaporkan hilang oleh keluarganya pada pagi 9 Mei lalu, sebelum pencarian selama 16 jam terhadap remaja perempuan itu.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang jiran di hutan berhampiran kediamannnyaa di Durbin Crossing di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Aidan ditahan selepas pasukan penyiasat menjumpai sebilah pisau lipat di sebuah kolam dekat lokasi penemuan mayat Tristyn, yang disyaki senjata pembunuhan.

Dilaporkan, Tristyn diserang dengan kesan tikaman sebanyak 114 kali, di bahagian tangan. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain