suria

Polis buru 5 individu, villa mewah dijadikan set penggambaran filem lucah

Video tular memaparkan mereka berada di sebuah vila mewah di Bali, dengan kapsyen 'villa porno' ditulis pada posting. Foto: Getty.

POLIS Indonesia kini memburu sekurang-kurangnya lima individu, dipercayai ada kaitan dengan penggambaran filem lucah.

Ia susulan video berkaitan mereka tersebar menerusi aplikasi TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam salah satu video tular, ia memaparkan mereka berada di sebuah vila mewah di Bali, dengan kapsyen 'villa porno' ditulis pada posting itu.

Pihak berkuasa menyedari bahawa ia dirakam di negara itu memandangkan terdapat nombor pendaftaran Indonesia dalam video berkenaan.

Difahamkan, kesemua individu berkenaan merupakan warga asing. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain