suria

Paksa anak tandatangan kontrak aneh ‘tidak boleh gemuk’, bapa dipenjara 30 bulan

Rachid (kiri) memaksa anak perempuannya menandatangani kontrak 'tidak boleh gemuk' sehingga mengakibatkan gadis itu mengalami gangguan pemakanan. Foto: Vagner Vidal/ Hyde News and Pictures

SEORANG bapa yang terlalu fanatik dengan rutin kecergasan sehingga memaksa anaknya menandatangani kontrak 'tidak masuk akal', akhirnya dipenjara selama 30 bulan.

Rachid Khadla, 56, memaksa tiga anaknya mengikuti rutin yang ditetapkannya sehingga boleh membahayakan nyawa mereka.

Karim, Amira dan Hitcham berani mendedahkan penderaan yang dilakukan bapa mereka, antaranya mewajibkan timbangan berat badan setiap minggu.

Lebih teruk, lelaki tersebut memaksa satu-satunya anak perempuannya, Amira untuk menandatangai kontrak aneh yang antaranya bertulis 'saya tidak akan membiarkan diri saya gemuk, saya akan melakukan banyak latihan untuk memastikan saya tidak akan gemuk walaupun saya mati'.

Situasi yang dilalui itu menyebabkan Amira mengalami gangguan pemakanan, demikian mahkamah Reading Crown Court diberitahu.

Selain pemakanan dan rutin kecergasan, Khadla juga dikatakan mengawal segala aspek kehidupan anak-anaknya termasuk akses kepada internet, telefon bimbit dan kunci rumah. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain