suria

Gadis miliki rambut terpanjang dunia akhirnya potong ‘mahkota’ buat kali pertama selepas 12 tahun

Nilanshi akhirnya memotong rambutnya buat pertama kali selepas 12 tahun. Foto: Guinness World Records

MEMEGANG rekod sebagai gadis yang memiliki rambut terpanjang di dunia, Nilanshi Patel akhirnya mengambil keputusan untuk memotong 'mahkotanya' baru-baru ini.

Nilanshi pernah mempunyai pengalaman buruk dengan pendandan rambut ketika berusia enam tahun, sehingga membuatkannya serik untuk memotong rambut selepas itu.

Selama 12 tahun, gadis ini menyimpan rambut sehingga berjaya memecahkan rekod Guiness.

Pada September 2018, Nilanshi memiliki rambut sepanjang 170.5 sentimeter (cm).

Pada Julai 2020, Nilanshi yang kini berusia 18 tahun, memecahkan rekod yang dipegangnya sebelum ini apabila memiliki rambut sepanjang 200 cm.

Namun Nilanshi, dari Gujarat, India baru-baru ini memutuskan untuk memotong pendek rambutnya.

Rambutnya tidak akan dibuang sebaliknya akan dipamerkan di Muzium Ripley's Believe It or Not! di Hollywood, Amerika Syarikat. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain