suria

Jalan seiringan selepas istiadat pemakaman, pemergian Putera Philip satukan semula William dan Harry

Putera Harry dan Putera William dilihat berjalan bersama selepas pemakaman datuk mereka.

HUBUNGAN antara Putera Harry dan Putera William menjadi teka-teki semenjak kontroversi melibatkan keluarga diraja itu tercetus.

Namun, anak-anak kepada mendiang Puteri Diana itu kelihatan berjalan seiringan selepas tamatnya istiadat pemakaman datuk mereka, Putera Philip di St George Chapel di Istana Windsor.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II selamat dimakamkan

Kehadiran Putera Harry dalam istiadat itu juga menjadi kemunculan pertama selepas dia tampil dalam temubual mengejutkan bersama Meghan Markle menerusi program kendalian Oprah Winfrey baru-baru ini.

Terdahulu, suami kepada Ratu Elizabeth II itu selamat dimakamkan dalam istiadat diraja pada 10 malam waktu Malaysia, Sabtu.

Putera Philip meninggal dunia pada 9 April lalu. - CNN.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain