suria

Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II selamat dimakamkan

Ratu Elizabeth II ketika istiadat pemakaman Putera Philip . Foto: Yui Mok / Pool via AP.

SUAMI kepada Ratu Elizabeth II, mendiang Putera Philip selamat dimakamkan selepas meninggal dunia pada 9 April lalu.

Istiadat pemakaman berlangsung di St George Chapel di Istana Windsor 10 malam waktu Malaysia, Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Philip, suami Ratu Elizabeth II meninggal dunia pada usia 99 tahun

Ia dilangsungkan dengan istiadat diraja dan mengikut ketetapan keselematan memandangkan pandemik Covid-19 masih lagi menular di negara itu.

Ratu Elizabeth II turut dilihat membuat penjarakan fizikal ketika dia memberi penghormatan terakhir buat mendiang suaminya itu.

Mengenakan pelitup muka hitam, rona sama pakaiannya, Ratu Elizabeth II duduk bersendirian ketika upaca itu dijalankan.

Untuk rekod, Putera Philip meninggal dunia pada usia 99 tahun di Istana Windsor selepas mendapatkan rawatan jantung selama sebulan pada Mac.

Putera Philip dan Ratu Elizabeth II mempunyai empat anak, lapan cucu dan 10 cicit. - NBC.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram

Artikel Berkaitan

Artikel Lain