suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kantoi curang, wanita tikam leher teman lelaki sampai mati

Menurut laporan, pasangan itu sudah tiga tahun bercinta.

PADAH curang, seorang lelaki cedera parah apabila dia ditikam pada bahagian leher oleh teman wanitanya.

Pelaku, Diana Rosa Santos de Jesus, 27, ditahan di Itabuna, Brazil, pada malam 7 April lalu selepas bertindak ganas ke atas kekasihnya, Odlairan 'Iran' Ribeiro dos Santos yang berusia 29 tahun.

Menurut laporan, pasangan itu sudah tiga tahun bercinta.

Pada malam kejadian, Diana tiba ke rumah Iran sebelum menemui dia sedang bersama seorang wanita lain.

Diana yang berang kemudiannya mengambil sebilah pisau sebelum menikam leher teman lelakinya.

Diana kemudiannya menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan lelaki itu.

Namun, teman lelakinya didapati sudah meninggal dunia ketika pasukan perubatan tiba. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain