suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita gempar nampak kelibat misteri ketika buat video TikTok

Kayleigh dikejutkan dengan kelibat misteri ketika membuat rakaman TikTok. foto Kayleigh Corby/ ECHO

SEORANG ibu kepada dua anak gempar dengan kemunculan lembaga misteri ketika merakamkan video di aplikasi TikTok.

Ketika kejadian, anak-anaknya sedang tidur di tingkat atas rumahnya.

Kayleigh Corby, 33, dari Halewood, Knowsley, Merseyside, menyangka dia bersendirian di rumah selain dua anaknya ketika membuat rakaman pada Ahad malam.

Menerusi klip video yang menyeramkan itu, kelihatan seperti kelibat seorang lelaki di belakang Kayleigh ketika sedang membuat rakaman maklum balas terhadap video TikTok yang lain.

Wanita itu pada mulanya tidak menyedari kelibat tersebut sehingga seorang teman memaklumkannya.

Menurut laporan ECHO, keadaan itu membuatkannya berasa tidak selesa sehingga dia meminta ibu bapanya untuk tinggal bersama.

Ketika laporan ECHO sedang ditulis, Kayleigh masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

lembaga misteri, TikTok, rakaman video,

Artikel Lain