suria

Lelaki tak kisah berhabis sehingga lebih RM100,000, kini ada 60 tatu termasuk di alat sulit!

Andreas kini mempunyai 60 tatu pada badannya. Foto: Sweet_and_fire/Instagram

TERLALU ketagih mencacah tatu, seorang sukarelawan bomba tidak kisah menghabiskan wang yang banyak bagi memenuhkan corak menarik di tubuh badannya.

Andreas Stauffiger mendedahkan dia pertama kali mencacah tatu ketika berusia 18 tahun.

Kini, lelaki berusia 43 tahun ini yang merupakan seorang cef pastri sudah mempunyai 60 tatu pada badannya.

Malah dia memasang impian untuk memenuhkan tubuh badannya dengan tatu.

Andreas sudah menghabiskan wang kira-kira £23,000 (RM131,842) untuk mencacah tatu dan pengubahsuaian. Dia turut mempunyai 16 tindik pada tatunya.

Andreas tidak menafikan dia terpaksa melalui proses yang menyakitkan terutama ketika mencacah tatu di bahagian alat sulit dan tapak tangan.

"Saya belajar mengatasi kesakitan. Keupayaan ini membantu saya, dalam rutin harian, pekerjaan dan sebagai sukarelawan bomba," katanya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain