suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sering dipukul hingga pernah minta cerai, model akhirnya maut dicekik suami

Zeina ditemui mati pada Ahad lalu di kediamannya, dipercayai kerana dicekik suami. Foto: Twitter

MODEL Lubnan, Zeina Kanjo meninggal dunia dipercayai akibat dicekik oleh suaminya, Ibrahim Ghazal di kediaman mereka di Beirut.

Kematian model berkenaan ternyata menimbulkan kemarahan ramai yang membangkitkan isu keganasan rumah tangga.

Berita kematian Zeina pada Ahad lalu disahkan keluarganya yang memaklumkan mayat model tersebut ditemui di dalam rumah.

Difahamkan, Zeina mengahwini Ibrahim kira-kira enam bulan lalu.

Laporan awal menyatakan punca kematian Zeina adalah kerana dicekik.

Zeina dikatakan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan sudah menuntut cerai.

Rakaman audio yang dihantar adik Zeina ke saluran televisyen tempatan menunjukkan suami mangsa mengaku cuba mendiamkan isterinya dengan menutup mulut mangsa.

Beberapa sumber melaporkan suami Zeina cuba melarikan diri dari negara itu selepas melakukan pembunuhan itu, tetapi gagal. - Middleeasteye.net

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain