suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berpuluh tahun merokok, minum alkohol... kulit lelaki warga emas bertukar kuning

Keadaan aneh di mana kulit seorang warga emas berwarna kuning. Foto: Asiawire

SEORANG lelaki dikesan mempunyai ketumbuhan (tumor) yang besar, menyebabkan warna kulitnya bertukar menjadi kuning.

Keadaan aneh tersebut juga dipengaruhi dek gaya hidup lelaki tersebut yang merokok dan minum minuman beralkohol sejak bertahun-tahun lamanya sebelum ini.

Lelaki berusia 60 tahun yang dikenali sebagai Du dikejarkan ke hospital yang terletak di bandar Huai'an bagi mendapatkan rawatan.

Doktor menemui dua ketumbuhan dengan salah satunya pada bahagian pankreas dan menyekat saluran hempedu lelaki itu.

Gambar menunjukkan leher dan perut lelaki warga emas itu bertukar warna menjadi kuning pekat.

Menurut doktor, ia berlaku kerana Du turut menghidap jaundis.

Keadaan itu berpunca daripada gaya hidup Du sebagai seorang perokok tegar dan mengambil minuman beralkohol sejak lebih 30 tahun lalu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kulit kuning, merokok, minum alkohol

Artikel Lain