suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UFO berbentuk rokok terbang di ruang udara California

Rakaman kejadian itu turut dikongsi ke laman YouTube pada 31 Januari lalu.

ORANG ramai gempar apabila sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) berbentuk seperti rokok dilihat terbang di ruang udara California baru-baru ini.

Malah, rakaman kejadian itu turut dikongsi ke laman YouTube pada 31 Januari lalu.

Ia menunjukkan objek panjang, berwarna hitam sedang terapung di udara, mirip seputung rokok.

Ia turut membangkitkan beberapa teori dalam kalangan netizen.

Namun ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya.

Pada tahun lalu, objek hampir sama turut dilihat di ruang udara di Amerika Syarikat (AS).

Jelas beberapa individu, ia mungkin sekadar refleksi cahaya sahaja. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain