suria

Meghan sahkan alami keguguran anak kedua

Meghan dan Putera Harry bersama anak sulung mereka, Putera Archie Harrison Mountbatten - Windsor. Foto: PA

DUCHESS of Sussex, Meghan Markle mengesahkan beliau mengalami keguguran pada Julai lalu.

Pendedahan tersebut dibuat Markle dalam satu artikel yang disiarkan New York Times.

Isteri kepada Putera Harry itu berkata, dia menyedari mengenai 'kehilangan' anak keduanya itu selepas mengalami kekejangan semasa menukar lampin anak sulungnya, Putera Archie Harrison Mountbatten - Windsor.

"Saya sedar, ketika saya memegang anak pertama saya, saya kehilangan anak kedua," katanya.

Setelah artikel itu dikongsi, Putera Harry dan Meghan dibanjiri sokongan, dengan ribuan orang menulis di media sosial untuk menyampaikan ucapan takziah.

Bekas bintang pelakon drama televisyen 'Suits' itu turut berkongsi pengalamannya bersama Putera Harry dalam menghadapi saat-saat berkenaan.

"Beberapa jam kemudian, saya berbaring di tempat katil hospital, memegang tangan suami saya.

"Menatap dinding putih yang sejuk, mata saya berkaca-kaca. Saya cuba membayangkan bagaimana kami akan melaluinya,"tulisnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19