suria

Kecoh! Suami buat pengumuman mengejutkan di majlis 'baby shower', dakwa isteri hamil anak lelaki lain... siap tunjuk klip video sebagai bukti

Majlis baby shower sepasang suami isteri bertukar kecoh selepas si suami mendakwa isterinya hamil anak lelaki lain. Foto: Mirror

MAJLIS 'baby shower' sepasang suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa sepatutnya diraikan dalam suasana gembira, namun ia bertukar kecoh apabila si suami membuat pengumuman mengejutkan.

Menerusi rakaman yang tersebar, si suami mendakwa bahawa isterinya bukan mengandungkan anaknya, sebaliknya bayi di dalam kandungan tersebut adalah milik lelaki lain.

Malah si suami yang memakai sut biru turut mendedahkan bapa sebenar bayi yang dikandung oleh isterinya, yang mana turut hadir di majlis berkenaan.

"Itu bukan anak saya... majlis ini untuk mereka berdua," kata si suami sambil berjalan menuju ke arah seorang lelaki berkemeja merah dan botak.

"Inilah buktinya yang wanita ini bukan mengandung empat bulan tetapi dia sudah hamil enam bulan," katanya lagi di dalam bahasa Sepanyol.

Pengumuman itu nyata mengejutkan para tetamu, termasuk bapa kepada wanita berkenaan.

Wanita tersebut dilihat cuba untuk menarik suaminya dan berbincang.

Pada masa yang sama, seorang lelaki dipercayai teman si suami, membuka komputer riba dan menunjukkan video rakaman yang memaparkan wanita berkenaan bersama seorang lelaki botak dalam keadaan bertuala.

Selepas membuat pengumuman tersebut, si suami lantas berlalu pergi sambil dikejar oleh isterinya yang hamil.

Situasi semakin kecoh apabila tetamu membaling kek kepada lelaki botak yang disyaki sebagai kekasih gelap wanita berkenaan, sebelum klip rakaman berakhir.

Bagaimanapun, lokasi rakaman yang dimuat naik di Reddit itu tidak dapat dipastikan. - Mirror



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain