suria

Enggan gugur kandungan, wanita diikat sebelum dibakar hidup-hidup kekasih dalam kereta

Keadaan kereta dinaiki Ellen bersama seorang lelaki yang rentung selepas dibakar lelaki dipercayai bapa kepada bayi dikandungnya.

SEORANG wanita hamil dibakar hidup-hidup di dalam sebuah kereta oleh kekasihnya yang juga suami orang kerana enggan menggugurkan kandungannya.

Ellen Priscila Ferreira da Silva, 24, sedang hamil empat bulan ketika kereta dinaikinya bersama Ely Carlos dos Santos, 39, dibakar dalam satu kejadian di Sao Paulo, Brazil.

Mayat mereka yang rentung ditemui dan polis percaya kedua-duanya masih hidup ketika diikat sebelum petrol disimbah pada kereta dan dibakar.

Ahli keluarga mengesahkan identiti mangsa sebaik saja mereka mengenalpasti kenderaan itu yang juga milik ibu Ellen.

Empat suspek iaitu tiga lelaki berusia 19,35 dan 38 tahun serta seorang wanita ditahan.

Suspek utama pembunuhan itu dipercayai lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa kepada bayi dikandung Ellen.

Polis mendapati kereta suspek telah dipandu ke lokasi kejadian. - The Sun

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain