suria

3 beranak korban Covid-19 selepas ‘makan besar’

Rita Fusco Jackson, 56, meninggal dunia akibat Covid-19. Abang dan ibunya turut menjadi korban virus itu. Foto Facebook / Daily Star

WABAK Covid-19 mengorbankan tiga beranak, iaitu dua beradik dan ibu mereka.

People Magazine melaporkan bahawa Grace Fusco, 73, meninggal dunia pada Rabu malam di sebuah hospital di bandar Freehold, New Jersey di Amerika Syarikat.

Wanita tersebut mempunyai 11 anak, empat daripadanya masih dirawat akibat Covid-19 hospital yang sama. 

Tiga daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal dan memakai alat bantuan pernafasan.

Grace meninggal dunia tanpa dimaklumkan bahawa dua anaknya telah meninggal dunia selepas dijangkiti virus itu.

Anak perempuannya, Bridget Fusco Betlow, 52, berkata, dia sedih dengan tragedi yang melanda dengan begitu pantas.

"Saya keliru, saya tidak tahu apa yang perlu saya rasa," katanya kepada New York Post.

"Ibu saya, abang dan kakak semua dah pergi, dan kami tak ada sebarang jawapan," katanya.

Menurut Bridget, dia tidak menghadiri majlis makan malam beramai-ramai yang diadakan di kediaman ibunya pada 3 Mac.

Dia kemudian mendapati salah seorang daripada saudara-maranya positif Covid-19 dan menyebarkan kepada ahli keluarga lain.

"Saya di Indiana, saya ok," katanya.

"Saya tak pergi ke New Jersey dan saya tidak bersama keluarga saya sekarang kerana mereka semua sedang kuarantin," tambahnya.

Seramai 19 saudara-maranya, termasuk pasangan dan anak-anak mereka sedang menunggu keputusan ujian untuk Covid-19. - Daily Star

Artikel Lain