suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami positif Covid-19 selepas melawat Itali bersama perempuan simpanan

Seorang suami bimbang isterinya mengetahui hubungan sulitnya bersama wanita lain selepas dijangkiti Covid-19.

SEORANG lelaki yang sudah berkahwin menjalani kuarantin kerana Covid-19, selepas mengadakan kunjungan ke Itali secara rahsia bersama perempuan simpanannya.

Isterinya kini menjalani kuarantin sendiri di rumah, tidak menyedari suaminya curang sehingga membawa kepada jangkitan itu.

Lelaki yang berasal dari England itu membuat pendedahan mengenai kecurangannya, kepada penyelia kesihatan awam di utara negara itu.

Lelaki yang berusia lewat 30-an itu memberitahu isterinya bahawa dia dalam lawatan kerja di United Kingdom (UK).

Isterinya langsung tidak mengetahui dia sebenarnya berkunjung ke Itali.

Lelaki berkenaan kemudian tampil membuat pemeriksaan di hospital selepas mempunyai simptom Covid-19, dan ujian mendapati dia positif virus tersebut.

Pesakit itu memberitahu doktor bahawa dia melakukan hubungan sulit dengan seorang wanita.

"Pesakit tersebut begitu panik, tetapi lebih kepada kisah hubungan sulitnya didedahkan berbanding kesihatannya," ujar pegawai perubatan.

Isteri kepada pesakit itu kini menjalani kuarantin di utara England. - The Sun UK

Artikel Berikut

Artikel Lain