suria

31 tetamu majlis kahwin positif Covid-19, pengantin tahu semasa honeymoon di Maldives

Majlis perkahwinan itu diadakan di Tumbling Waters Retreat, selatan Sydney, Australia. Foto Tumbling Waters Retreat

SEKURANG-kurangnya 31 tetamu yang menghadiri satu majlis perkahwinan, disahkan positif Covid-19.

Daripada jumlah itu, seorang daripadanya merupakan wanita hamil dan seorang lagi merupakan ahli Parlimen.

Majlis perkahwinan yang dihadiri 140 tetamu itu berlangsung di Tumbling Waters Retreat, Sydney di Australia, pada 6 Mac.

Selepas 14 hari, sebanyak 31 kes dikaitkan dengan majlis perkahwinan itu.

Pasangan pengantin difahamkan dua daripada tetamu mereka disahkan positif Covid-19 sewaktu mereka berbulan madu di Maldives.

Antara tetamu yang dijangkiti virus itu adalah senator liberal untuk New South Wales, Andree Bragg.

Ini termasuk Sally Hawach, yang merupakan ibu kepada dua anak dan sedang hamil anak ketiga.

Timbul kebimbangan mengenai kemungkinan dua anaknya, masing-masing berusia dua dan satu tahun turut dijangkiti virus itu.

Kesemua tetamu dan petugas pada majlis perkahwinan tersebut kini menjalani kuarantin di rumah.

Susulan kejadian itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memperkenalkan peraturan menetapkan jarak sosial atau social distancing, bagi mencegah penularan Covid-19. - Daily Star

majlis kahwin, tetamu, pengantin, Covid-19

Artikel Lain