suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model buta sebelah kerana tatu mata

Aleksandra buta sebelah mata kerana membuat tatu pada matanya. Foto anoxi_cime/Instagram

SEORANG gadis mempunyai masalah penglihatan selepas membuat tatu pada matanya.

Aleksandra Sadowska mengalami buta pada sebelah mata dan masalah penglihatan untuk sebelah mata lagi.

Model dari Wroclaw, Poland itu berharap kesan tatu yang dilakukannya dapat menjadikannya kelihatan seperti penyanyi rap, Popek.

Mahu mengikuti gaya artis itu, dia meminta agar bahagian mata putihnya diwarnakan dengan hitam.

Bagaimanapun, rawatan tatu yang dikenakan terhadap gadis berusia 25 tahun itu mengalami masalah, sehingga merosakkan mata sebelah kanannya.

Menurut laporan media tempatan, pelukis tatu yang melakukan tatu berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun kerana secara tidak sengaja menyebabkan ketidakupayaan kepada wanita. - Daily Star


tatu, buta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia