suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki menyamar jadi gay sebelum rogol lesbian

Taurence Callagain menyamar sebagai gay sebelum melakukan serangan seksual ke atas mangsa. Foto Fulton County Jail

SEORANG perogol menyamar sebagai gay untuk berkawan dengan seorang lesbian sebelum melakukan serangan seksual ke atas mangsa.

Taurence Callagain, 36, mendakwa seks tersebut atas dasar suka sama suka.

Dia bagaimanapun disabitkan bersalah kerana merogol di Mahkamah Fulton County di Georgia, Amerika Syarikat.

Menerusi pendengaran mahkamah, suspek memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai gay.

Dalam satu kenyataan, Peguam County Fulton County, Paul L Howard Jr berkata, Callagain bertemu mangsanya di sebuah stesen kereta api di Atlanta pada Ogos 2015.

Kedua-dua mereka bertemu ketika menaiki tren yang sama untuk ke tempat kerja.

Pada 6 September 2015, mangsa tertinggal bas dan Callagain menumpangkannya pulang ke rumah.

Namun, dalam perjalanan, dia memberitahu mahu singgah ke rumahnya untuk mengambil barang.

Mangsa yang menemani suspek masuk ke dalam rumah kemudian dirogol di bilik tidur. - Daily Star

rogol, gay, lesbian

Artikel Lain