suria

Lemaskan anak dalam baldi selepas terkencing atas tilam, ibu dipenjara 18 tahun

Li dijatuhi hukuman penjara 18 tahun atas kesalahan dilakukannya.

SEORANG ibu anak dua dijatuhi hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya selepas terkencing di atas tilam.

Lin Li, 28, dari Brooklyn, New York merendam kepala anak perempuannya berusia dua tahun di dalam sebuah baldi sehingga dia tidak lagi bernyawa.

Dia disabitkan atas kesalahan membunuh Melody Zheng, tetapi dibebaskan daripada tuduhan pembunuhan darjah kedua susulan perbicaraan Jun lalu.

Seorang juri juga mendapati Li bersalah atas cubaan melakukan serangan darjah pertama kerana merendam kepala anak lelakinya berusia empat tahun di dalam baldi dipenuhi air sebelum melemaskan Melody empat tahun lalu.

Li dijatuhi hukuman penjara 18 tahun atas kematian Melody kerana mahkamah diberitahu suspek adalah ibu yang tegas dan sering menggunakan kaedah hukuman berbahaya terhadap anak-anaknya, lapor Mail Online.


Polis berkunjung ke kediaman Li selepas menerima panggilan kecemasan.

Ketika suaminya sedang tidur, Li merendam kepala Melody di dalam sebuah baldi dipenuhi air sehingga anaknya itu meninggal dunia.

Li keluar dari bilik air tanpa memeriksa sama ada Melody masih lagi hidup atau sebaliknya.

Dia kemudian menghubungi 911 dan ketika tiba di kediaman mereka polis mendapati suaminya melakukan CPR terhadap mangsa.

Melody dikejarkan ke hospital tetapi disahkan telah meninggal dunia.

Li semasa disoal siasat polis mengaku dia telah merendam kepala anak perempuannya itu di dalam baldi yang dipenuhi air sebelum meninggalkan bilik air tersebut.

Dia turut dilaporkan berkata melihat buih keluar dari mulut Melody. - Mirror.co.uk

lemas, baldi, hukuman, terkencing

Artikel Lain