suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan derita penyakit mutasi kulit... badan hampir menjadi batu

Rajeshwari menghidap penyakit mutasi kulit yang menyebabkan lapisan kulitnya keras seperti batu. Foto: Newslion/Jam Press

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan penderitaan seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap sejenis penyakit ganjil.

Kanak-kanak bernama Rajeshwari, 7, dari India menderita penyakit mutasi kulit di mana kulit badannya dilitupi lapisan tebal yang keras.

Lapisan kulitnya yang mengeras itu disebabkan oleh mutasi genetik yang sangat jarang berlaku - dengan para saintis mengatakan hanya 24 kes dilaporkan di seluruh dunia.

Penyakit tersebut menyerang proses penjanaan semula kulit di dalam tubuh manusia, menjadikan keadaannya keras.

Keadaan itu menyebabkan Rajeshwari kelihatan seperti batu, dan menyebabkannya mengalami kesakitan yang berterusan.

Ahli dermatologi Dr Yash Upender, dari Hospital Dantewada, percaya bahawa gadis itu mengalami Ichthyosis Epidermolytic, sejenis penyakit yang tidak mengancam nyawa tetapi masih tidak ditemui penawarnya.

Ubat yang ada hanya boleh menghalang pertumbuhan penyakit tetapi ia berserta kesan sampingan yang teruk. - Dailystar

kulit, mutasi, batu, India

Artikel Lain