suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koronavirus: Kerajaan China umum sekatan jualan daging haiwan eksotik sehingga wabak berakhir

Penjualan daging haiwan eksotik dibuat secara terbuka di Wuhan. FOTO: Simon Song.

SEBAGAIMANA diketahui umum, pasar penjualan haiwan eksotik di Wuhan, China merupakan tempat pertama wabak koronavirus dikesan.

Malah, kemungkinan besar virus yang kini mengakibatkan kematian 80 mangsa di negara itu berpunca daripada haiwan liar yang dijual dan menjadi makanan penduduk tempatan.

Terbaharu, kerajaan negara itu mengharamkan penjualan daging hidupan liar dalam usaha untuk mengekang wabak berkenaan.

Sekatan penjualan itu berkuat kuasa serta merta dan akan berterusan sehingga berakhirnya wabak koronavirus.

Setakat ini, hampir 3,000 kes koronavirus dikesan di negara itu.

Dalam perkembangan berasingan, Hong Kong mencatat lapan kes positif koronavirus diikuti Amerika Utara (6) dan Macau (5). - SCMP.

koronavirus, haiwan eksotik, daging

Artikel Lain