Angka kematian meningkat, Presiden China beri amaran bahaya wabak koronavirus - Dunia | mStar

Angka kematian meningkat, Presiden China beri amaran bahaya wabak koronavirus

Angka kematian di Wuhan mencatatkan peningkatan 15 kes, menjadikan jumlah terbaru sebanyak 56 kes kematian setakat Ahad. Foto: Getty

PRESIDEN China, Xi Jinping memberi amaran bahawa wabak koronavirus mampu merebak dengan cepat, berikutan angka kematian di negara itu sudah mencatatkan 56 kes.

Presiden itu juga telah mengisytiharkan penutupan rangkaian pengangkutan awam di seluruh China.

Beliau juga mahu agar kakitangan perubatan dan bekalan ubat dibawa masuk lebih banyak ke Wuhan, iaitu pusat bermulanya wabak tersebut.

Sebanyak 15 jumlah kematian akibat wabak tersebut yang dilaporkan oleh pihak berkuasa Hubei pada Ahad, selain 688 kes terbaharu.

Kes membabitkan wabak tersebut kini turut dilaporkan di Thailand, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Vietnam, Singapura, Malaysia, Nepal, Perancis, Australia dan Kanada.

Dua lokasi tarikan pelancong di Hong Kong iaitu Hong Kong Disneyland dan Ocean Park, turut mengumumkan penutupan kepada pengunjung buat masa ini.

Wuhan, yang populasinya terdiri daripada 11 juta penduduk, telah mengeluarkan arahan larangan penggunaan kenderaan termasuk kereta persendirian di kawasan  bandar mulai Ahad dalam usaha mengelakkan penularan wabak tersebut. - Metro.co.uk

Presiden China , Wuhan , koronavirus

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain