suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain ragbi tak sangka jadi hero bongkar jenayah Reynhard Sinaga

Reynhard Sinaga kini telah disabitkan dengan 136 kesalahan rogol. Foto: PA

REMAJA lelaki yang berjaya 'menumpaskan' perogol paling prolifik Britain, Reynhard Sinaga sehingga membawa kepada penangkapannya memaklumkan dia telah memukul penjenayah berkenaan dengan kuat.

Remaja itu yang juga seorang pemain ragbi menjadi mangsa terakhir Sinaga selepas dia tersedar ketika lelaki tersebut sedang cuba merogolnya.

Remaja yang tidak dinamakan itu memberitahu bagaimana dia tersedar dalam keadaan separuh bogel, sebelum bertindak memukul Sinaga dan melepaskan diri, seterusnya membuat panggilan kepada pihak polis.

"Saya fikir saya mungkin membunuhnya, saya tidak tahu apa yang saya lakukan, saya menggunakan naluri saya dan adrenalin untuk bertahan hidup," kata remaja terbabit.

Sinaga kini telah disabitkan dengan 136 kesalahan rogol terhadap 48 lelaki berusia 17 hingga 36 tahun - dan dipercayai mungkin lebih ramai lagi lelaki yang menjadi mangsanya.

Pemain ragbi itu memberitahu bahawa dia tidak menyangka menjadi seorang 'wira' yang berjaya membongkar kegiatan jenayah Sinaga. - Metro.co.uk

Artikel Lain