suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir 3,000 kes positif koronavirus, angka kematian meningkat kepada 80 di China

Setakat ini hampir 3,000 kes positif wabak itu dilaporkan di China.

KERAJAAN China pada Isnin mengumumkan 80 individu di negara itu maut akibat terkena jangkitan koronavirus.

Sehingga kini, hampir 3,000 kes positif wabak berkenaan dikesan di negara itu.

Di Hubei misalnya, angka kematian berjumlah 56 meningkat kepada 76 individu, dengan tambahan empat lagi kematian di kawasan lain.

Dalam pada itu, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) akan mengadakan mesyuarat khas bersama pihak berkuasa Beijing bagi membincangkan hal itu.

Pengerusi WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi Twitter miliknya mengakui akan bekerjasama rapat dengan Beijing bagi mencari penyelesaian kepada wabak berkenaan yang kini semakin meruncing. - BBC/The Guardian.

 

koronavirus, China, maut

Artikel Lain