suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengendali tapak perkhemahan bogel dapatkan perintah mahkamah, halang orang awam dekati kawasan

Lokasi tapak perkemahan itu yang terletak di barat Wales.

PENGENDALI sebuah tapak perkhemahan bogel di barat Wales berjaya mendapat perintah mahkamah bagi menghalang orang awam mendekati kawasan itu.

Menerusi keputusan terbaharu itu, orang awam perlu melalui jalan lain bagi menghalang mereka melihat aktiviti di kawasan berkenaan.

Pemilik tapak perkhemahan itu, Jo Eveleigh berkata, dia sudah berjuang selama dua tahun untuk mendapatkan hak itu.

"Kami lega ia sudah berakhir yang mana orang awam perlu melalui jalan lain.

"Ianya bagus untuk kami, bagus untuk jiran-jiran kami," ujarnya.

Menurut pihak berkuasa tempatan, keputusan itu menyebabkan sesiapa yang berpakaian tidak dibenarkan melalui kawasan spesifik berkenaan.

Untuk rekod, tapak perkemahan bogel itu menawarkan pelbagai aktiviti yang disifatkan sebagai satu ketenangan buat pesertanya. - Mirror.

Artikel Lain