Jururawat di Wuhan cukur rambut untuk mudahkan tugas, elak dijangkiti koronavirus - Dunia | mStar

Jururawat di Wuhan cukur rambut untuk mudahkan tugas, elak dijangkiti koronavirus

Jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia mencukur rambut panjangnya untuk memudahkan tugas selain mahu mengelakkan jangiktan silang akibat wabak koronavirus. China Daily/ANN

SEORANG jururawat Hospital Renmin dari Universiti Wuhan, Shan Xia, 30, mencukur rambut panjangnya bagi memudahkan tugas ketika di hospital apatah lagi ketika ini wabak koronavirus sedang menular.

Ibu kepada dua anak itu berkata, tindakan tersebut juga adalah bagi mengelakkan jangkitan silang selain dapat menjimatkan masa apabila mahu memakai dan menanggalkan pakaian perlindungan.

Sementara itu, dalam sidang media pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata ia telah menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada 959 pekerja perubatan dari tujuh wilayah dan bandar untuk menuju ke Wuhan, pusat epidemik koronavirus.

Pasukan itu adalah dari Henan, Jilin, Liaoning, Shanxi dan Shaanxi, dan majlis-majlis perbandaran Tianjin dan Chongqing.

Dilaporkan, lebih banyak pasukan perubatan sedang bersedia untuk ke Wuhan, menurut suruhanjaya itu.

Suruhanjaya itu juga berkata, tujuh kumpulan dihantar ke Beijing, Hebei, Shanghai, Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan untuk menyelia operasi sistem pentadbiran, dalam usaha membendung penyebaran koronavirus.

Kumpulan itu akan menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pemantauan epidemik, rawatan perubatan, pencegahan dan kawalan epidemik oleh komuniti dan institusi perubatan, kata suruhanjaya itu. - THE STAR

Wuhan , koronavirus , jururawat , cukur

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M