suria

Baru dating sekali, lelaki ini sanggup pindah sejauh lebih 6,000 km ke UK bantu kekasih hidap kanser ovari

Dave semasa melawat Emily yang menerima rawatan di hospital. Foto MDWfeatures / Emily Gosling

SEORANG lelaki sanggup berhijrah sejauh lebih 6,000 kilometer dari Kanada ke London, United Kingdom untuk memberi sokongan kepada teman wanitanya yang menghidap kanser, meskipun baru keluar dating sekali.

Emily Gosling, 31, mengusahakan bisnes keluarganya di Ontario, Kanada sejak 2013, sebelum berpindah ke London lima tahun kemudian.

Walau bagaimanapun sebelum berpindah dan semasa kunjungan ke Vancouver pada Mei 2017, dia bertemu dengan seorang pengarah wain, Dave Bulters, 31.

Emily kemudian berpindah pada tahun berikutnya, dan kembali sekali lagi ke Kanada atas urusan bisnes yang mana ia juga menjadi date pertama bersama Dave.

Bagaimanapun, Emily didiagnosis kanser ovari pada Mac lalu.

Dalam tempoh seminggu dia didiagnosis, Dave terbang ke London untuk bersama dengan Emily.

Emily menjalani kemoterapi, diikuti dengan pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tujuh inci.

Pada awalnya, diagnosis kanser itu menjejaskan rancangan pasangan untuk hidup bersama, tetapi Dave membuat keputusan untuk berhenti kerja di Vancouver dan berpindah ke London bagi memberi sokongan kepada Emily.

Emily percaya masa yang dihabiskan bersama Dave selama berbulan-bulan di London memperkukuhkan hubungan mereka dan membantunya melawan penyakitnya. - Mirror UK

kanser, ovari

Artikel Lain