suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelari maut disambar petir sebelum tiba di garisan penamat

Thomas maut disambar petir.

SEORANG pelari jarak jauh maut disambar petir sebelum tiba di garisan penamat semasa menyertai larian 50 kilometer.

Thomas Stanley, 33, meninggal dunia sebelum menamatkan lariannya di Flatrock, Kansas pada Sabtu.

Pelari lain yang melihat dia terjatuh bergegas membantunya.

Dia turut diberikan CPR tetapi gagal diselamatkan.

Thomas meninggalkan seorang isteri, Ashley dan tiga anaknya yang masih kecil.

Ashley berkata dia menerima mesej daripada pengarah perlumbaan itu memaklumkan mengenai insiden menimpa suaminya.

Malah kata Ashley lagi, anak sulungnya, Charlotte, 6, bagaikan sudah mengerti apa yang berlaku kepada bapanya.

"Dia membuat kesimpulan begitu pantas! Dia kata kalau daddy tak pergi perlumbaan itu dia masih lagi hidup kan? Saya harap daddy tak pergi perlumbaan itu," cerita Ashley. Metro.co.uk

Artikel Lain