suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua beradik dibiar kebuluran sehingga mati selepas ibu percaya cakap bomoh anak tidak suci

Mayat dua beradik itu ditemui sudah mereput.

SEORANG wanita dipenjara seumur hidup kerana membiarkan dua anak perempuannya mati kebuluran di dalam sebuah kereta selepas bomoh memberitahunya bahawa mereka berdua tidak suci.

Nashika Bramble dijatuhi hukuman tersebut pada Selasa atas pertuduhan membunuh Makayla Roberts, 10, dan Hannah Marshall, 8, pada September 2017.

Hakim Keri Yoder turut memutuskan bahawa Bramble tidak layak mendapat parol.

Mayat dua kanak-kanak itu ditemui sudah mereput di dalam kereta ibu mereka dekat Norwood di Selatan Colorado, lapor Telluride Daily Planet.

Hasil bedah siasat mendapati dua beradik itu meninggal kerana kepanasan, kelaparan dan dehidrasi selepas ditinggalkan di dalam sebuah kereta selama dua minggu.

Bramble sedang hamil ketika dia ditahan manakala anak bongsunya diletakkan di bawah jagaan perkhidmatan sosial.

Bapa dua beradik itu dilaporkan tidak terlibat dalam jenayah kejam itu. Metro.co.uk

meninggal dunia, kebuluran, bomoh

Artikel Lain